konsol permainan PS5

PS5: Permainan Video dan Konsol Permainannya

Pada 12 Jun yang lalu, Sony telah mengadakan siaran langsung yang di YouTube. Siaran itu mempersembahkan pelbagai permainan video yang akan dikeluarkan untuk PS5. Konsol permainan PS5 juga turut diperkenalkan serta peralatan lain untuk digunakan dengannya.

Permainan Video PS5

Spider-Man: Miles MoralesSpider-Man: Miles Morales (Sumber imej: Insomniac Games)

Sebanyak 26 buah permainan video PS5 telah dipersembahkan dalam siaran tersebut. Antaranya termasuklah:

Grand Theft Auto 5

Permainan video ini yang telah dikeluarkan untuk platform lain sejak 2013 lagi akan dikeluarkan untuk PS5 pula. Versi baharu ini akan diperkembangkan lagi dengan pelbagai penambahbaikan dan kandungan baharu.

Spider-Man: Miles Morales

Pada asalnya, permainan video ini sepatutnya menjadi tambahan bagi Spider-Man yang dikeluarkan pada tahun 2018. Namun, Insomniac Games telah mengesahkan bahawa Spider-Man: Miles Morales merupakan permainan video yang tersendiri.

Kena: Bridge of Spirits

Permainan video platformer yang dimajukan oleh Ember Lab ini mempunyai gaya seperti filem Pixar. Trelernya telah menunjukkan grafik yang menarik perhatian orang ramai.

Kena: Bridge of SpiritsKena: Bridge of Spirits (Sumber imej: Ember Lab)

Ghostwire: Tokyo

Kali pertama Ghostwire: Tokyo diperkenalkan adalah di E3 2019. Dalam siaran langsung ini pula, kita dapat lihat cara permainannya pula.

Resident Evil: Village

Resident Evil: Village akan dimainkan dalam perspektif orang pertama seperti Resident Evil 7. Ia akan menumpukan perhatian kepada aspek suasana yang menyeramkan lebih daripada aspek aksi. Resident Evil: Village atau Resident Evil: VIII akan keluar pada tahun 2021.

Konsol Permainan PS5 dan Alatan lain

Perkakasan PS5Perkakasan PS5 (Sumber imej: Sony)

Konsol permainan PS5 telah diperkenalkan dalam siaran ini. Rupa bentuknya mungkin kenampakan pelik bagi pandangan pertama. Sony nampaknya ingin menggunakan rupa bentuk yang luar biasa dan telah membina “konsol permainan daripada masa depan”.

Konsol permainan ini mempunyai dua versi iaitu versi biasa dan versi digital. Versi digital ini sudah tentu akan dipasarkan dengan harga yang lebih murah dan akan menjadi pilihan pengguna yang tidak memerlukan pemain CD Blu-ray. Walau bagaimanapun, Sony masih lagi tidak memaklumkan harga bagi PS5.

Perkakasan lain yang akan dikeluarkan termasuklah DualSense, fon kepala tanpa wayar Pulse 3D, alat kawalan jauh media, dan kamera HD. Dengan wujudnya alat kawalan jauh media tersebut, Sony mungkin ingin menjadikan PS5 suatu peralatan untuk permainan video dan penghiburan.

Kongsikan