SEJARAH PENCIPTAAN COCA-COLA

Coca-cola dicipta pada tahun 1886 oleh seorang ahli farmasi di Atlanta, Georgia yang bernama John Stith Pemberton. Beliau ingin mencipta ubat paten menggunakan daun koka yang digunakan untuk menghasilkan kokain bagi menggantikan ketagihannya terhadap morfin.

John Stith Pemberton.

Pemberton telah meniru resepi minuman Vin Mariani yang dihasilkan oleh ahli kimia Paris, Angelo Mariani. Beliau telah menambah beberapa bahan baharu kedalam resepi tersebut seperti daun koka(kokain), kacang kola dan alkohol.

Walau bagaimanapun, Atlanta telah mengeluarkan larangan penggunaan alkohol dalam minuman. Oleh itu Pemberton telah menggantikan alkohol dengan gula dalam jumlah yang banyak bagi menghilangkan rasa pahit daun koka.

Pemberton bersama rakannya, Frank Robinson kemudiannya mengiklankan Coca-Cola sebagai ubat yang mampu merawat penyakit lupa, menghilangkan sakit kepala, meningkatkan kemampuan berfikir dan memulih sistem saraf.

Tahun pertama penjualan Coca-Cola tidak mendapat sambutan yang begitu baik apabila hanya 25 gelen Coca-Cola yang berjaya dijual. Akan tetapi, seorang pekerja farmasi secara tidak sengaja mencampurkan minuman Coca-Cola bersama air soda. Akibatnya ramai yang suka akan rasa Coca-Cola yang baru itu. Setahun kemudian hasil penjualan Coca-Cola naik mendadak.

Pada tahun 1888, John Stith Pemberton telah meniggal dunia akibat kanser perut . Asa Griggs Candler telah membeli resepi Coca-Cola dengan harga $USD1,750. Candler juga telah menubuhkan syarikat Coca-Cola pada tahun 1982.

Pada tahun 1903, Coca-Cola telah mengharamkan daun koka daripada resepinya dan digantikan dengan kafein atas sebab-sebab kesihatan.

Kongsikan