Pengalaman menggunakan telefon pintar jenama China

Saya telah melihat kemajuan yang dialami oleh telefon-telefon pintar jenama China.

Pada mulanya,produk mereka harganya murah tetapi terlalu teruk. Kini, produk mereka bukan sahaja murah bahkan lebih baik spesifikasinya berbanding telefon pintar keluaran jenama-jenama besar seperti samsung.

Alkisah phone negara China

Telefon pintar pertama saya merupakan telefon pintar jenama China , Lenovo. Model phone itu adalah A369i .

Phone itu adalah bukti syarikat-syarikat telefon pintar China tidak lagi menghasilkan produk-produk yang boleh digelakkan seperti suatu masa terdahulu.

Hal ini kerana phone itu boleh buat panggilan,ambil gambar dan boleh memainkan muzik dengan baik. Phone ini dapat melakukan perkara asas dengan baik yang dapat menandingi phone jenama syarikat-syarikat besar.

Phone kedua saya pula juga sama jenamanya,Lenovo cuma modelnya, A2010 lebih canggih dan harganya berpatutan juga,rm 499.

Model ini mempunyai keupayaan 4G serta mempunyai seorang lebih luas dan prosesor yang lebih laju.Prosesor ini pada waktu itu amat laju untuk harganya yang berpatutan itu , cukup untuk main permainan video “Mobile Legends”.

Saya berasa amat teruja kerana ia berkali-kali ganda lebih canggih berbanding phone saya sebelum ini.

Phone tersebut lebih canggih berbanding phone syarikat lain pada waktu itu yang menawarkan phone mereka pada harga yang serupa.

Masa berlalu sehinggakan Mobile Legends pun dah tak lancar kat phone ini, nampaknya sudah tiba masanya untuk terkuburnya phone ini.

Maka, bermulalah alkisah saya mengharungi sekali lagi jenama phone China cuma jenama berbeza iaitu Xiaomi.

Model mereka yang saya beli pada harga Rm 450 jika saya tidak tersilap iaitu Redmi 5.

Phone ini seperti biasa lebih baik berbanding phone saya sebelumnya yang harganya serupa. Phone ini bukan sahaja lebih baik dari segi “hardware” , malah dari segi software kerana mempunyai “users interface” yang cantik, lancar serta sokongan perisian yang berpanjangan untuk phone ini .

Xiaomi telah berjaya menawan hati saya, lalu terlucutlah pemikiran saya untuk membeli phone jenama lain.

Redmi Note 8 (Sumber: Xiaomi)
Inilah redmi Note 8, amat canggih pada harga yang berpatutan

Disebabkan oleh reputasi Xiaomi yang baik, saya menaiktaraf kepada Redmi note 8 , variasi Redmi 8 yang harganya berpatutan dan lebih canggih dalam semua aspek.

Kesimpulan

Jangan sesekali kita pandang enteng telefon pintar keluaran jenama China. Mereka telah menunjukkan kepada dunia kebolehan mereka menghasilkan telefon-telefon pintar yang setaraf mahupun lebih hebat berbanding keluaran syarikat-syarikat gergasi.

Kongsikan