Amd vs Nvidia

Nvidia vs Amd,gpu jenama manakah sesuai untuk anda?

Gpu (Graphics Processing Unit) adalah diperlukan untuk bermain sesebuah judul permainan video serta penyuntingan video .

Pengalaman bermain sebuah permainan video amat bergantung pada kebolehan sesebuah gpu mengendalikan permainan video tersebut.

Jika gpu gagal melaksanakan tugasnya dengan baik, pengguna akan menghadapi fenomena “Lag” atau tersangkut-sangkut ketika dalam sesi permainan video.

Kejadian malang ini sudah tentu akan merosakkan pengalaman mereka. Maka, pengguna haruslah bijak memilih gpu berdasarkan keperluan kekuatan pemprosesan grafik sesebuah permainan video.

Disinilah hadirnya dua syarikat besar seperti Amd dan Nvidia. Boleh dikatakan mereka mempunyai duopoli dalam industri ini.

Seperti jenama-jenama lain, mereka juga mempunyai “pros and cons” yang harus dinilai sebelum kita beli.

Beza gpu Amd dengan Nvidia?

Harga

Harga gpu buatan Amd lebih murah berbanding harga gpu buatan Nvidia. Kebaikan inilah antara punca Amd mempunyai ramai pengikut setia kerana harganya amatlah berpatutan dengan spesifikasi gpu yang ditawarkan.

Prestasi

Dalam bab prestasi, Nvidialah pemenangnya kerana Nvidia lebih mahir menghasilkan gpu berprestasi tinggi berbanding Amd.

Nvidia RTX 2080
Nvidia RTX 2080,antara ciptaan terulung Nvidia

Namun begitu,Amd tidaklah begitu ketinggalan kerana dapat menghasilkan AMD Radeon VII , yang boleh menandingi gpu prestasi tinggi dihasilkan Nvidia , Nvidia GeForce RTX 2080.

Pengoptimaan permainan video

Dalam kategori ini, Nvidia adalah pemenangnya kerana kebanyakan studio penghasilan permainan video lebih gemar mengoptimakan permainan video mereka untuk Nvidia.

Sebagai contoh, Grand Theft Auto V , Hitman 2 dan Crysis 3.

Oleh demikian,tidak terkejutlah banyak permainan video lebih lancar apabila diproses oleh gpu hasilan Nvidia.

Untuk pengguna gpu Amd,tidak perlulah risau kerana pengoptimuman secara eksklusif tidak mengurangkan prestasi sesebuah permainan video secara ketara.

Kesimpulan

Jika anda lebih mahu berjimat dan pada masa yang sama mahu prestasi yang bagus, pilihlah jenama Amd.

Jika anda mahukan prestasi gpu yang terulung serta sedia mencurahkan banyak wang, pilihlah jenama Nvidia.

Masing-masing ada pilihan tersendiri, apa yang penting adalah kepuasan setelah membuat pilihan anda.

Kongsikan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *