Laptop untuk pasaran Asia vs Laptop untuk pasaran Amerika,yang manakah kita patut beli?

Syarikat-syarikat pembuatan laptop seringkali memasarkan laptop yang variasinya bergantung pada pasaran seperti Asia dan Amerika.

Variasi sesebuah produk boleh meliputi saiz , warna , bentuk dan seni pada permukaan produk tersebut. Variasi turut meliputi pasaran.

Sebagai contoh , coklat A di pasaran Malaysia berat sebanyak 50 gram manakala coklat A di pasaran Singapura berat sebanyak 30 gram.Itulah contoh variasi untuk pasaran.

Eh,jahatnya mereka!!

Tidak, mereka tidaklah sesekali menzalimi kita sebaliknya, tindakan mereka sebenarnya menguntungkan pengguna seperti saya dan kamu.

Dengan berbuat demikian,sesebuah syarikat pembuatan laptop boleh memasarkan harga laptop-laptop mereka secara berpatutan di sesebuah pasaran.

Malahan,mereka juga menambahkan peluang pekerjaan apabila mengupah syarikat tempatan untuk mengendalikan pemasangan sesetengah bahagian dalaman laptop untuk mengurangkan kos penghasilannya.

Oleh itu,janganlah kita berasa marah setelah mengetahui mereka menvariasikan produk mereka mengikut pasaran .

Maka,kita berada di satu posisi untuk bertanya , “Apa beza laptop untuk pasaran Asia dan pasaran Amerika?”.

Beza laptop untuk pasaran Asia dan pasaran Amerika

Harga

Harga laptop untuk pasaran Asia kebiasaannya lebih murah berbanding untuk pasaran Amerika.

Namun begitu,ada sesetengah model laptop lebih murah di pasaran Amerika kerana model baru seringkali dipasarkan di pasaran Amerika terlebih dahulu

Spesifikasi

Spesifikasi untuk pasaran Asia kebiasaanya serupa atau lebih baik berbanding di pasaran Amerika pada harga yang lebih murah.

Sebagai contoh , HP EliteBook 840 G6 Notebook PC (pasaran Malaysia) lebih murah berbanding HP EliteBook 840 G6 Notebook PC (dipilih spesifikasi serupa) (pasaran Amerika)

Stok

Syarikat-syarikat pembuatan laptop sentiasa mendahulukan pasaran Amerika.

Oleh itu, stok laptop boleh dikatakan sentiasa ada untuk pembeli di Amerika.

Kebolehubahsuaian

Pembeli di Amerika boleh mengubahsuai spesifikasi sesetengah model laptop sebelum membelinya .

Hal ini memberikan mereka kelebihan untuk mendapatkan spesifikasi yang dikehendaki mereka.

Maka,laptop di pasaran Asia atau di pasaran Amerika?

Selepas mengimbangi perbezaan laptop di pasaran Asia dan Amerika, sudah jelaslah bahawa kita patut beli laptop di pasaran Asia.

Laptop di pasaran Asia bukan sahaja lebih murah,bahkan spesifikasi sama ataupun lebih baik berbanding di pasaran Amerika.

Kongsikan