Keajaiban Ciptaan Allah : Kehebatan Semut Api

Sekilas pandang semut api hanyalah sekadar serangga yang kecil dan menjengkelkan walhal mereka sebenarnya lebih hebat daripada tanggapan itu.

Hal ini demikian kerana mereka sentiasa sedia berkorban demi koloni mereka apabila diancam bahaya.

Sebagai contoh,semut-semut api akan berpaut pada sesama sendiri .

Tindakan ini membentuk formasi jaring untuk memastikan koloni mereka tidak tenggelam ketika menghadapi musim banjir.

Jaringan yang dihasilkan mereka adalah teguh sehinggakan ia boleh menampung koloni mereka yang beribu-ribu bilangannya

Malah, susah untuk tenggelam apabila mereka cuba ditenggelamkan para pengkaji.

Disebabkan oleh kehebatan semut api inilah mereka mudah hidup di mana

Kehebatan yang ditunjukkan oleh semut api telah menangkap perhatian Dr David Hu untuk menjadikan mereka sebagai bahan yang serba guna.

Jika ujikaji ini berjaya, dunia kejuruteraan akan berubah 360 darjah. Mungkin batu-bata akan menjadi sesuatu yang purba, tidak diperlukan lagi.

Untuk melihat keajaiban semut api ciptaan Allah , lihat video dibawah.

Kehebatan Semut Api

Maka, kita janganlah sesekali memandang enteng semut api yang sekecil-kecil cili api.

Kongsikan