Jangka Hayat Virus Covid-19 di Pelbagai Permukaan

Seperti yang kita tahu cara penyebaran utama virus Covid-19 adalah melalui “individu ke individu” iaitu apabila seseorang itu batuk ataupun bersin individu yang terdedah kepada batuk atau bersin itu boleh dijangkiti.

Namun begitu, anda mungkin masih terdedah kepada virus itu. Sebagai contoh jika seseorang itu batuk atau bersin pada tangan mereka atau mengelap hidung mereka kemudiannya menyentuh apa-apa permukaan. Permukaan itu juga mungkin menjadi tercemar.

Institut Pengajian Kesihatan Amerika Syarikat, Universiti Princeton dan Universiti California menjalankan kajian untuk mengkaji seberapa lama virus itu boleh bertahan di permukaan yang berlainan. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini boleh dipengaruhi oleh suhu, cuaca sinaran UV dan angin ianya merupakan peringatan bagi kita betapa mudahnya virus itu bersebar.

Udara

Kita beruntung kerana virus itu bukannya bawaan udara tetapi ianya boleh tersebar melalui titisan air di udara. Kajian itu menunjukan virus itu boleh bertahan di udara selama tiga jam.

Dengan mengekalkan jarak satu meter dari orang lain, akita boleh mengelakkan zarah itu daripada tersebar melalui batuk atau bersin.

Tembaga

Di permukaan tembaga (copper) seperti pemegang laci virus itu boleh bertahan sehingga empat jam.

Kadbod

Para pengkaji menemui bahawa virus itu boleh bertahan selama 24 jam pada permukaan kadbod. Walaubagaimanapun Mereka percaya bahawa surat dan pakej penghantaran tidak membawa virus tersebut.

Plastik Dan Besi Tahan Karat

Virus Covid-19 mampu bertahan pada tempoh yang begitu panjang pada plastik dan juga besi tahan karat iaitu sekitar 2 hingga 3 hari. Ianya lebih lama berbanding virus Influenza iaitu 48 jam sahaja (2 hari) di mana-mana permukaan kata pengkaji.

Permukaan yang tidak berliang (licin), nampaknya membolehkan virus itu untuk bertahan lebih lama. Antaranya termasuklah pemegang pintu, pemegang di LRT dan bas, suiz lampu serta papan kekunci (keyboard).

Jangka masa virus itu boleh bertahan di permukan telefon masih tidak diketahui namun para pengkaji berpendapat kerana permukaannya licin dan tidak menyerap, jangka masa virus itu bertahan sama seperti di plastik

Apa Yang Anda Boleh Buat

Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan risiko jangkitan anda kepada virus:

  • Elakkan dariapada menyentuh mata, hidung, mulut dan muka
  • Kerapkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat atau/@ menggunakan pembasmi tangan (hand sanitizer)
  • Jadikan rutin untuk membersihkan permukaan yang kita kerap gunakan seperti pemegang pintu, telefon kita pembasmi kuman
  • Elakkan mengunjungi ke tempat-tempat yang sibuk sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan penting

Kongsikan