Bantahan Di Negara Thai Kepada Pemerintahan Prayut Chan-o-cha

Rakyat negara Thailand kini sedang membuat bantahan besar-besaran di ibu kota mereka iaitu bengkok. Bantahan ini bermula sejak bulan Ogos yang lalu.

Bantahan ini disebabkan oleh rakyat kini mula berasa pedana menteri Thailand iaitu Prayut Chan-o-cha telah menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dan tidak mempedulikan rakyat.

Polis berkumpul dibelakang penunjuk perasaan

Orang ramai juga berasa terancam apabila mereka yang menyuarakan pendapat dengan mengkritik secara terbuka mula ditahan satu persatu.

Orang ramai menuntut agar parlimen thai dibubarkan dan pilihan raya dilaksanakan agar rakyat boleh memilih kerajaan baru menggantikan kerajaan yang sedia ada.

Prayut merupakan bekas ketua tentera yang melancarkn kudeta pada tahun 2014. Pada tahun lepas beliau memenangi pilihan raya dan dilantik menjadi perdana menteri.

Namun begitu,kemenagan beliau pada tahun lalu mendapat banyak kritikan pihak antarabangsa.

Pihak penunjuk perasaan kini mula menyentuh isu yang lebih sensitif iaitu monarki thailand. Pihak penunjuk perasan megutarakan agar perlembagaan berkaitan monarki negara itu diubah. Perkara ini termasuk undang-undang kritik kepada raja.Hal ini kerana mana-mana individu yang menghina raja thai boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Raja Thailand semasa iaitu Raja Maha Vajiralongkorn dikatakan terlibat dengan pelbgai skendal dan pembaziran duit negara menyebabkan rakyat mengesa agar kuasa monarki negara itu dihad dan dikurangkan

Kongsikan