Bahaya memakai topeng muka ketika melakukan aktiviti riadah

Disebabkan oleh dugaan COVID-19,ramai yang memakai topeng muka setiap kali mereka melakukan sebarang aktiviti di luar tempat tinggal mereka.Namun begitu,memakai topeng muka ketika melakukan aktiviti riadah seperti bermain badminton,berjoging dan bermain basikal adalah satu tindakan yang boleh membawa kepada kematian penggunanya.

Apakah buktinya?

Berdasarkan akhbar atas talian berasaskan United Kingdom iaitu Mirror,seorang lelaki berumur 26 tahun yang menggunakan nama samaran Zhang Ping mengalami pneumothorax ataupun keruntuhan paru-paru pada paru-paru kirinya selepas berjoging 2.5 batu (kira-kira 4.023 kilometer).Hal ini demikian kerana paru-parunya mengalami tekanan tinggi akibat pernafasan yang rancak sambil mulutnya ditutupi topeng muka ketika berjoging.Jikalau dia tidak dimasukkan ke hospital secepat mungkin,sudah tentu dia berada di pintu ajal.

Kesimpulan

Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab wajiblah memakai topeng muka ketika melakukan sebarang aktiviti di luar tempat tinggal.Namun begitu,kita haruslah bijak memilih situasi untuk memakai topeng muka agar menghindari perkara yang dihadapi oleh Zhang Ping.

Kongsikan